fbpx
SEBUAH ambulans bergegas ke lokasi kejadian. - Foto Matichon

Penduduk panik, 3 bom meletup di Yala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Tiga letupan bom menggegarkan daerah Mueang, wilayah Yala malam kelmarin beberapa jam sebelum berlangsungnya upacara tradisi bagi penganut  Buddha di pusat belia tempatan., lapor portal berita Thaiger semalam.

Letupan berlaku antara pukul 9.05 dan 9.40 malam semalam (waktu tempatan) di Pusat Belia Perbandaran Yala. 

Bom pertama meletup berhampiran pintu pagar menuju ke padang Tai Chi, diikuti letupan kedua berdekatan pintu masuk Jalan Sirorot.

Bom ketiga yang disembunyikan dalam tong sampah meletup ketika pasukan penyelamat berada di lokasi memaksa mereka berundur demi keselamatan.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam serangan itu, namun kejadian tersebut mencetuskan panik dan mendorong tindakan segera pasukan keselamatan.

Ketua Polis Bandar Yala, Kolonel Chatchai Sakkdee mengarahkan penutupan bandar dan menghantar unit pemusnah bom untuk melakukan pemeriksaan. 

Langkah kawalan keselamatan turut diperketatkan di zon berisiko tinggi, manakala penduduk diminta kekal berada di rumah sepanjang malam.

Pihak berkuasa masih menyiasat motif dan dalang letupan tersebut. 

Siasatan awal menunjukkan serangan itu bertujuan menggagalkan operasi tempatan dan acara kebudayaan yang bakal berlangsung, termasuk Festival Chak Phra. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI