fbpx
Ombak besar membadai dinding dapur rumah Fazidah di Kampung Huma, hari ini.

Penduduk Kampung Huma resah ombak besar hempas rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Fenomena air pasang besar sejak awal pagi Isnin lalu menyebabkan penduduk pesisir pantai di Kampung Huma, Tanjung Dawai dekat sini tidak tidur lena kerana bimbang keselamatan rumah dan diri masing-masing.

Kerisauan mereka semakin ketara apabila ombak yang disertai angin kuat turut menghempas dinding serta melimpah masuk ke dalam rumah sehingga banyak perkakas rosak terkena air laut.

Penduduk, Fazidah Abdul Khalib, 59, berkata, sejak Isnin lalu, dia mula menyimpan dokumen penting dan membuat persediaan dengan mengemas pelbagai barangan rumah sebagai langkah awal.

“Saya letih membuat sendiri penghadang ombak menggunakan pasir, tetapi semuanya tidak berhasil apabila air laut masih memasuki rumah.

“Kekuatan angin yang luar biasa turut menyebabkan ombak semakin tinggi lalu menghentam dinding sebelum memasuki rumah hingga membuatkan kami sekeluarga tidak selamat,” katanya di sini hari ini.

Rumah Fazidah antara yang paling teruk terkesan dengan hakisan apabila kawasan dinding dapur rumahnya kini hanya dua meter dari laut berbanding 300 meter sebelum ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI