fbpx
Vikneshwaran (tengah) mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memandu secara cuai sehingga menyebabkan kerosakan pada tujuh kenderaan pada Ahad lalu.

Pemandu van rempuh tujuh kenderaan di Stesen KTM Ipoh didenda RM8,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Seorang pemandu van penghantaran didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan memandu secara cuai sehingga menyebabkan kerosakan pada tujuh kenderaan Ahad lalu.

Tertuduh, R. Vikneshwaran, 43, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Anis Hanini Abdullah.

Anis Hanini turut memerintahkan Vikneshwaran dihukum penjara dua bulan sekiranya gagal menjelaskan denda selain memerintahkan butiran sabitan tertuduh dinyatakan dalam mana-mana lesen memandu milik lelaki itu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memandu van Toyota Hiace tanpa kecermatan dan perhatian sepatutnya terhadap orang lain yang menggunakan jalan berkenaan.

Kesalahan dilakukan di pekarangan Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Ipoh di sini pada pukul 2.54 pagi, 5 Oktober lalu.

Media sebelum ini melaporkan beberapa buah kenderaan yang diletakkan di kawasan tempat letak kenderaan berhampiran Stesen KTM Ipoh mengalami kerosakan teruk, bagaimanapun tiada mangsa yang cedera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI