Israel perlu dihalau keluar daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan segera. Ini kerana, segala penindasan dan kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin selama lebih 70 tahun tidak boleh dibiarkan berlaku lagi oleh dunia antarabangsa terutama PBB. Umum mengetahui bahawa jenayah kemanusiaan yang sedang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza mula tercetus susulan serangan mengejut pada 7 Oktober 2023 yang lalu. Ramai rakyat Palestin di Semanjung Gaza yang menjadi mangsa terhadap jenayah yang dilakukan oleh Israel termasuk golongan kanak-kanak.……