SEBERANG PERAI – Mayat seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan tali air di Lahar Ikan Mati, Kepala Batas di sini, hari ini.
Mangsa yang dikenali sebagai Mohd. Lutfi Abdullah, 54, dijumpai orang awam kira-kira pukul 1 tengah hari tadi.
Komander Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat Kepala Batas, PBK II Mohamad Rodzi Mat Saad berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.05 tengah hari dan sepasukan anggota ditugaskan bagi membantu pihak polis mengangkat mayat mangsa.
“Bomba menjalankan penilaian awal sebelum mengangkat mayat menggunakan peralatan perlindungan diri (PPE) lengkap,” katanya kepada pemberita hari ini.
Punca sebenar kematian mangsa masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE