fbpx
GAMBAR Banjaran Himalaya yang diliputi salji dan dirakamkan oleh Satyam. - Foto Satyam Raj/X

Lelaki rakam pemandangan menakjubkan Banjaran Himalaya selepas hujan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI – Seorang lelaki dari daerah Madhubani, dalam negeri Bihar berkongsi rakaman  video menakjubkan yang memaparkan pemandangan Banjaran Himalaya, lapor portal berita India Today semalam.

Banjaran itu nampak jelas selepas hujan baru-baru ini ‘membersihkan’  langit dan mengurangkan tahap pencemaran.

Video  tular itu menunjukkan pemandangan jelas puncak Himalaya diliputi salji yang  dilihat dari Madhubani.

Ketika berkongsi klip video tersebut di platform X, Satyam Raj berkata: “Pemandangan Himalaya yang megah seperti dilihat dari kampung Jainagar, daerah  Madhubani, negeri  Bihar.”

Menurut laporan, pemandangan jelas seperti itu jarang dapat dilihat.

Banjaran Himalaya  yang merentasi lima negara termasuk India dan Nepal, menempatkan beberapa puncak tertinggi dunia, antaranya Gunung Everest dan Kanchenjunga.

Walaupun Banjaran Himalaya sebenarnya berada beratus-ratus kilometer dari Madhubani, keadaan cuaca yang ideal kadang kala menampakkan ia seperti  sebahagian kawasan di Bihar. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI