fbpx
Anggota Maritim Malaysia dan APM membawa mayat mangsa yang ditemui itu.

Kru kapal korek hilang 31 jam ditemukan lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Kehilangan seorang kru kapal korek pasir MV Darrun 88 selama lebih 31 jam berakhir apabila mayatnya dijumpai dalam keadaan terapung berhampiran Pulau Indah, di sini semalam.

Mayat mangsa, Luo Deliang, 54, yang merupakan warga China ditemukan pada pukul 8.20 pagi selepas dilaporkan hilang pukul 12.30 tengah malam, Isnin lalu.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, mayat mangsa ditemukan terapung oleh Maritim Perkas kira-kira 50 meter dari kapal bersauh dan satu batu nautika dari Pantai Acheh.

“Penemuan itu hasil operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) yang turut dibantu anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Pasukan Polis Marin dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia sejak semalam,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mayat mangsa dibawa ke Jeti Peninsular Sailing Club pada pukul 9.10 pagi sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Abdul Muhaimin menasihatkan semua pihak yang terlibat dalam aktiviti laut agar sentiasa mengutamakan aspek keselamatan termasuk pemakaian jaket keselamatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI