fbpx
Tujuh pemain warisan kontroversi ialah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomas Garces, Rodrigo Julian Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui serta Hector Alejandro Hevel Serrano.

Kewarganegaraan 7 pemain warisan sah – Saifuddin Nasution

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pemberian kewarganegaraan kepada tujuh pemain warisan Harimau Malaya yang dikenakan penggantungan 12 bulan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) adalah sah dari sudut perundangan Malaysia.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, proses pemberian warganegara itu mematuhi semua peruntukan di bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan dan Kaedah-Kaedah Kewarganegaraan 1964.

Jelasnya, isu yang timbul membabitkan penggantungan pemain warisan terbabit adalah berkaitan status FIFA yang sedang diuruskan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

“Hal kelayakan dengan FIFA. Itu urusan FAM dan FIFA yang sekarang ini sedang diuruskan di peringkat rayuan dan sebagainya.

“Menjawab soalan apakah proses pemberian warganegara terhadap tujuh pemain ini mematuhi semua peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan kaedah-kaedah warganegara. Jawapannya ‘Ya’ dan sangat jelas,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Zakri Hassan (PN-Kangar) berhubung isu tujuh pemain warisan Harimau Malaya yang dikenakan penggantungan 12 bulan oleh FIFA yang dianggap menjelaskan imej negara.

Menjawab soalan tambahan Syahredzan Johan (PH-Bangi) berkenaan isu sama, Saifuddin Nasution berkata, terdapat tiga rukun di bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan untuk permohonan warganegara.

Katanya, pertama adalah pemohon perlu bermastautin di Malaysia untuk satu tempoh, kedua berkelakuan baik, dan ketiga pemahaman bahasa Melayu yang mencukupi atau memadai.

Bagaimanapun, jelasnya, dalam Perlembagaan Persekutuan terdapat Seksyen 20 (1)(e) iaitu Menteri Dalam Negeri boleh menggunakan kuasa budi bicara dalam perkara tersebut.

Justeru, beliau menggunakan Seksyen 20 (1)(e) bagi memenuhi syarat bermastautin dan pemahaman bahasa Melayu yang mencukupi atau memadai dalam permohonan pemain warisan berkenaan.

“Terdapat permintaan oleh Ahli Parlimen (sebelum ini) supaya syarat penguasaan bahasa Melayu dipermudahkan terutama bagi warga emas. Markah penuh lapan, saya turunkan kepada dua.

“Kita mengunapakai ini bagi ujian bahasa, tapi dalam kes ini (pemain warisan), saya guna pakai kuasa di bawah Seksyen 20 (1)(e) Perlembagaan Persekutuan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI