KUALA LUMPUR – Rapid KL hari ini memaklumkan bahawa kerja-kerja penyelenggaraan bagi perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) laluan Kelana Jaya telah selesai dijalankan sepenuhnya.
Susulan itu, perkhidmatan tren di sepanjang laluan berkenaan kini kembali beroperasi seperti biasa.
Menurut kenyataan syarikat itu, jadual perjalanan tren sedang diselaraskan bagi memastikan operasi berjalan lancar serta mengurangkan sebarang kelewatan yang mungkin berlaku pada peringkat awal pemulihan.
“Perkhidmatan tren dan bas alternatif ditamatkan. Jadual perjalanan sedang diselaraskan dan perkhidmatan tren telah kembali beroperasi seperti biasa.
“Kami memohon maaf atas kesulitan. Terima kasih atas kesabaran anda,” katanya dalam hantaran di Facebook sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE