fbpx
Wan Azizah (dua kanan) menyaksikan wakil Lembaga Tabung Angkatan Tentera menyerahkan mock cek sumbangan KTP 2025/2026 kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (kanan) pada Majlis Peluncuran di Wisma Perwira, Kem Perdana Sungai Besi di sini hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO

Kempen Tabung Pahlawan sasar kutipan RM3 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kempen Tabung Pahlawan 2025-2026 yang dilancarkan hari ini menyasarkan kutipan melebihi RM3 juta bagi membantu kebajikan perajurit dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang memerlukan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, setakat ini sebanyak RM1.095 juta sudah berjaya dikumpulkan hasil sumbangan pelbagai pihak.

“Saya amat yakin dengan kerjasama erat antara masyarakat awam, kerajaan, sektor korporat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu prihatin, insya-Allah kita akan mencapai sasaran ini dengan jayanya.

“Kutipan melebihi RM3 juta mampu direalisasikan sebelum akhir tahun ini dengan sokongan padu semua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Kempen Tabung Pahlawan (KTP) 2025/2026 di Dewan Zulkifeli Zin, Wisma Perwira Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, di sini, hari ini.

Hadir sama, Penaung Kempen Tabung Pahlawan, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafiezuddin Jantan dan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Dr. Zulhelmy Ithnain.

Mohamed Khaled berkata, beliau mahu kempen berkenaan tidak hanya dianggap sebagai acara tahunan semata-mata, tetapi menjadi gerakan masyarakat untuk menyemai rasa prihatin terhadap kebajikan wira negara.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua penyumbang termasuk syarikat korporat dan individu persendirian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI