fbpx
Seorang lelaki penuntut pengajian awam mengaku bersalah atas pertuduhan menjual video lucah di Mahkamah Sesyen Sepang, di sini, hari ini. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA

Jual video ‘aib’ RM100, didenda RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Seorang pelajar universiti awam dijatuhkan hukuman denda RM10,000 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan menjual video lucah di aplikasi Telegram dengan tujuan komersial pada Julai lalu.

Tertuduh, Muhammad Aidil Akmal Azhar, 24, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.

Kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira pukul 9.52 malam di sebuah kondominium di ibu negara.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan aplikasi Telegram menerusi sebuah akaun bernama @cocomelon87 bagi menghantar satu video lucah bertajuk Promo July24 yang telah dibeli oleh seorang pegawai penyamar Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), dengan bayaran RM100.

Kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira pukul 9.52 malam di sebuah kondominium di ibu negara.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya MCMC, Fadhli Ab. Wahab dan Nur Nazhzilah Mohammad Hashim manakala tertuduh diwakili oleh Sabrina Mohammad dan Muhammad Iman Azhar.

Dalam pada itu, Ahmad Fuad menjatuhkan hukuman denda RM10,000 dan menasihatkan tertuduh supaya tidak mengulangi kesalahan yang mencemar maruah diri serta menyalahi undang-undang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI