PETALING JAYA – HOYA Malaysia telah meneruskan misinya untuk melindungi penglihatan generasi muda melalui inisiatifnya, A Million Visions, selepas berjaya mencatat kejayaan dalam pelancaran sulung acaranya pada tahun 2024.
Inisiatif ini dilancarkan bersempena Hari Penglihatan Sedunia 2025 yang mana kempen tersebut bertujuan untuk menekankan kepentingan penjagaan kesihatan mata kanak-kanak serta memberi perhatian terhadap isu myopia yang semakin meningkat dalam kalangan generasi muda di Malaysia.
Kempen A Millions Visions telah bermula pada 16 hingga 22 Oktober 2025 ini dengan menawarkan pemeriksaan mata percuma untuk kanak-kanak berumur lima hingga 12 tahun di lebih 800 Kedai Optik Penjagaan Mata Profesional yang mengambil bahagian di seluruh negara.
Pemeriksaan ini bertujuan untuk mendidik serta menggalakkan rakyat mengambil langkah pertama dalam melindungi penglihatan anak-anak mereka dengan memahami kepentingan pengesanan awal serta mendapatkan penilaian profesional kesihatan mata sebelum terlambat.
Pengarah Urusan Malaysian HOYA Lens Sdn. Bhd., Lew Chee Quin berkata, kempen ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan HOYA Vision Care terhadap intervensi awal myopia dalam kanak-kanak serta menekankan kepentingan penyelesaian klinikal yang terbukti demi pengurusan jangka masa panjang.
Menurut beliau, kanta cermin mata MiYOSMART daripada HOYA, yang dibangunkan dengan Teknologi Defocus Incorporated Multiple Segments (D.I.M.S.) menawarkan pendekatan yang tidak invasif dan berkesan untuk melambatkan perkembangan myopia dalam kalangan kanak-kanak.
Disokong oleh kajian klinikal global dan dipercayai oleh pakar penjagaan mata, kanta MiYOSMART direka khas untuk pengurusan myopia kanak-kanak dan memberikan mereka penglihatan yang jelas di samping melambatkan perkembangan myopia secara signifikan.
Bagi memperkukuh usaha seluruh negara dalam menangani myopia kanak-kanak, HOYA Malaysia turut memperkenalkan Subsidi HOYA MiYOSMART Early Control pada tahun 2025, sebagai sebahagian daripada kempen A Million Visions.
Inisiatif berterusan ini menawarkan subsidi sebanyak RM350 untuk kanta kawalan myopia MiYOSMART bagi memudahkan rakyat mendapat akses kepada penjagaan myopia yang terbukti secara klinikal serta menekankan keperluan untuk menjaga kesihatan mata kanak-kanak dari peringkat awal.
“Kempen A Million Visions lahir daripada satu hakikat yang jelas namun mendesak kerana ramai kanak-kanak terlepas peluang mendapatkan penjagaan mata awal disebabkan oleh tahap kesedaran, akses dan kos.
“Sebagai peneraju dalam penjagaan penglihatan, kami berasa tanggungjawab untuk bertindak. Inisiatif kami membantu keluarga mengambil langkah pertama dalam melindungi penglihatan anak-anak mereka melalui kerjasama bersama pakar penjagaan mata bertauliah di seluruh negara bagi memudahkan akses kepada pemeriksaan mata” ujarnya.
Selain itu, syarikat juga melancarkan MiYOSMART Coating STX, satu inovasi terkini dalam HOYA Vision Car bagi penjagaan myopia.
Ia direka untuk kanak-kanak kerana mereka lebih cenderung untuk mengelap kanta mereka sehingga 8,000 kali sepanjang hayat sepasang cermin mata, kebiasaannya menggunakan baju, tisu atau permukaan kasar yang boleh merosakkan salutan kanta serta mengurangkan kejelasan penglihatan dari semasa ke semasa.
“ MiYOSMART Coating STX membantu kanta kekal jelas untuk tempoh yang lebih lama, lebih mudah dibersihkan dan diselenggara, serta memberikan perlindungan jangka panjang dan semuanya menyokong pemakaian berterusan yang menjadi kunci kepada kawalan myopia yang berkesan. K
“Ia kini tersedia dengan kanta MiYOSMART, salutan STX menawarkan prestasi hidrofobik lanjutan yang kalis air, cap jari, habuk dan minyak secara aktif, memastikan kanta kekal bersih lebih lama dan mengekalkan kejelasan visual walaupun selepas 2.7 tahun penggunaan biasa. -KOSMO! ONLINE