fbpx
Arif Aiman berjaya meledak satu gol buat Harimau Malaya pada aksi kali ini. - Foto ihsan Malaysia NT

Arif, Faisal pulihkan maruah Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Skuad Harimau Malaya menepati ramalan apabila meraih tiga mata berharga selepas menang 3-0 ke atas Laos dalam aksi Kumpulan F saingan kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional, Vientiane sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, skuad negara kendalian Peter Cklamovski membariskan kesebelasan terbaik dengan Arif Aiman Hanapi dan Romel Morales mengetuai jentera serangan menerusi formasi 3-5-2.

Malaysia selaku pasukan pelawat berjaya mendominasi perlawanan dengan Morales memiliki beberapa peluang keemasan pada babak pertama tetapi gagal menerjah jaring.

Benteng pasukan negara di ranking ke-185 dunia itu akhirnya dibocori hasil jaringan luar kotak penalti yang dilakukan oleh Arif Aiman pada minit ke-52.

Gol tersebut menaikkan semangat pemain untuk menggandakan asakan sebelum kapten pasukan, Dion Cools menjadikan kedudukan 2-0 hasil penyudah tajam pada minit ke-68.

Enggan terlalu berpuas hati dengan keputusan semasa, Cklamovski membuat rombakan di jentera serangan dengan memasukkan Sergio Aguero, Faisal Halim dan Ramadhan Saifullah.

Gol ketiga negara hadir pada masa kecederaan selepas Faisal bijak menyudahkan peluang terhidang sekali gus menyaksikan keputusan 3-0 kekal hingga wisel penamat.

Kemenangan tersebut memberikan kelegaan buat peminat bola sepak negara selepas Harimau Malaya terpalit dengan kontroversi isu hukuman FIFA susulan dakwaan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan baru-baru ini.

Keputusan ini menyaksikan Malaysia kekal mendahului carta Kumpulan F dengan sembilan mata maksimum selepas mengharungi tiga perlawanan dan bakal menentang Laos pada aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI