fbpx
Penyerang Arab Saudi, Salem Al Dawsari melakukan rembatan ke gawang Indonesia pada aksi kelayakan Piala Dunia 2026, awal pagi tadi. - Foto ihsan AP

Arab Saudi bangkit kecewakan Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RIYADH – Pengendali Arab Saudi, Herve Renard percaya pasukan sudah meletakkan sebelah kaki ke saingan Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Indonesia 3-2 pada aksi kelayakan pusingan keempat di Stadium King Abdullah, awal pagi tadi.

Pada perlawanan itu, skuad tuan rumah tidak mempunyai masalah untuk meraih tiga mata penting hasil penyudah Saleh Abu Al Shamat dan Firas Al Brikan yang unggul meledak dua gol.

Kata Renard, pasukannya beraksi dalam keadaan tertekan terutama pada awal perlawanan selepas Indonesia berjaya mendahului hasil sepakan penalty Kevin Diks.

“Selepas mereka mendahului 1-0, kami mula memperkemaskan jentera serangan dan cuba untuk mendapatkan sebanyak gol yang boleh.

“Barisan pemain telah menunjukkan reaksi yang positif dengan mencipta banyak peluang, tetapi selepas gol ketiga, pemain kembali leka dengan melepaskan gol kedua, tetapi saya lega keputusan kekal hingga wisel penamat,” katanya.

Sementara itu, Renard turut memuji kualiti skuad Sang Garuda yang beraksi dengan cukup baik walaupun menduduki ranking ke-119 dunia Ketika ini.

“Kita telah menentang Indonesia dua kali di peringkat kelayakan sebelumnya dan pastinya keputusan negative yang diraih meninggalkan kenangan pahit buat pasukan,” katanya.

Arab Saudi boleh mengesahkan kemaraan automatik ke Piala Dunia jika berjaya menang ke atas Iraq pada minggu depan sekali gus meraih status juara kumpulan B. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI