PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempersembahkan dokumen cadangan Belanjawan 2026 kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada sesi menghadap di Istana Negara pagi tadi.
Menurut Anwar, beliau akan membentangkan Belanjawan Keempat Kerajaan Madani di Dewan Rakyat esok yang disifatkan sebagai usaha berterusan bagi memperkukuh ekonomi rakyat serta memacu pertumbuhan negara.
“Insya-Allah, belanjawan kali ini adalah satu ikhtiar untuk memastikan kemakmuran dapat dirasai secara adil dan saksama oleh semua lapisan masyarakat,” katanya menerusi kenyataan di laman Facebook rasmi beliau hari ini.
Esok, Anwar yang juga selaku Menteri Kewangan akan membentangkan Belanjawan bagi 2026 di Dewan Rakyat.
Belanjawan 2026 merupakan belanjawan kali ke empat kerajaan Madani di bawah kepimpinan Anwar.- KOSMO! ONLINE.