fbpx
Perdana Menteri ketika berucap di Axiata Arena, Bukit Jalil malam ini.

Anwar mahu berdepan Trump bincang isu kemerdekaan Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri menegaskan kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 hujung bulan ini sebagai pentas untuk mengadakan rundingan diplomatik.

Ini kerana kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, rundingan itu penting demi mencapai kemerdekaan sebenar rakyat Palestin.

“Ada yang desak supaya tolak Donald Trump datang ke Malaysia. Tapi rundingan diplomatik itu penting untuk kemerdekaan.

“Amerika itu sokong Israel, tetapi kita nak cari penyelesaian dan penyelesaian itu perlukan kebijaksanaan melalui rundingan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Solidariti Gaza di Axiata Arena, Bukit Jalil malam ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, perjuangan untuk membebaskan Gaza perlu disertai dengan kebijaksanaan politik, bukan hanya berpaksikan sentimen semata-mata.

“Harap rakan-rakan faham. Jangan ikut sentimen kita, angkuh seolah-olah kita tahu semua.

“Hina saya atas nama Pengerusi ASEAN kerana menjemput Donald Trump, itu bukan isunya. Politik harus ada, kebijaksanaan harus ada,” katanya.

Pada ucapan sama, Anwar berkata selepas pembentangan Belanjawan pada Jumaat ini, beliau akan mengadakan pertemuan dengan pertubuhan kemanusiaan Sumud Nusantara Malaysia untuk berbincang mengenai usaha membuka laluan bantuan di sempadan Rafah, Mesir.

“Minggu depan selepas Belanjawan, saya akan panggil Sumud Nusantara Malaysia untuk ‘pecahkan’ tembok Rafah di Mesir.

“Selepas berunding, saya akan hubungi Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi supaya laluan misi itu dipermudahkan.

“Kita mahu beri mesej jelas bahawa Malaysia menyokong perjuangan rakyat Palestin,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI