fbpx
Seramai 23 pekerja kilang yang sesak nafas dan pedih mata ekoran kebocoran bahan kimia berbahaya di Bandar Proton, Tanjung Malim hari ini kini dalam keadaan stabil. - FOTO IHSAN PDRM

23 pekerja kilang sesak nafas terhidu bahan kimia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANJUNG MALIM – Seramai 23 pekerja sebuah kilang di Bandar Proton di sini sesak nafas dan pedih mata selepas berlakunya kebocoran bahan kimia berbahaya jenis isosianat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Muallim, Deputi Superintendan Suhaimi Muhamad berkata, semua mangsa itu telah terhidu bahan kimia tersebut ketika melakukan kerja-kerja penyelenggaraan.

“Kesemua mangsa yang berumur antara 19 hingga 45 tahun kemudian dihantar ke Hospital Slim River untuk menerima rawatan lanjut dan berada dalam keadaan stabil.

“Pasukan bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim telah berada di lokasi kejadian dan melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan nyah cemar bahan kimia,” katanya di sini hari ini.

Katanya lagi, situasi kini berada dalam keadaan terkawal dan tiada ancaman lanjut terhadap keselamatan awam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI