fbpx
Azrin ketika melakukan pemeriksaan terhandap sebuah bas dalam Ops Khas Gempur Perdagangan.

17 bas kilang disita dalam ops gempur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor menyita sebanyak 17 bas kilang dan mengeluarkan 186 notis kesalahan pelbagai jenis menerusi pelaksanaan Ops Khas Gempur Perdagangan, sekitar Shah Alam dan Meru, semalam.

Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, dalam operasi berkenaan sebanyak 75 kenderaan diperiksa dengan 143 kesalahan dikesan oleh pihaknya.

“Jumlah kesalahan dikesan melibatkan tiada lesen memandu kompeten sebanyak 25 kesalahan, tiada lesen vokasional (27), lesen kenderaan motor tamat tempoh (20).

“Turut melibatkan, tiada insurans sebanyak 10 kesalahan manakala kesalahan teknikal (25), guna telefon bimbit (satu), tatakelakuan (satu) dan lain-lain kesalahan (34),” katanya.

Azrin berkata, pihaknya mengingatkan semua pengendali kenderaan perdagangan agar sentiasa memastikan kenderaan diselenggara dengan baik dan pemandu mematuhi syarat-syarat lesen serta peraturan jalan raya.

“JPJ Selangor juga akan terus mempertingkatkan operasi seumpama ini dari semasa ke semasa demi memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya,” ujarnya.

Beliau turut menyeru orang ramai supaya menyalurkan aduan berkaitan kesalahan kenderaan perdagangan secara terus dan masa nyata (real time) melalui aplikasi MyJPJ: e-Aduan@JPJ atau e-mel [email protected] dengan disertakan butiran lengkap aduan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI