fbpx
Mohd. Noor Helmy

11 pelajar digantung terbabit kesalahan disiplin termasuk buli di Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Seramai 11 pelajar di sebuah sekolah menengah di negeri ini digantung sekolah selepas terbabit dalam pelbagai kesalahan disiplin serius termasuk kes buli fizikal, perbuatan tidak senonoh dan menghisap rokok.

Perkara itu didedahkan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Mohd. Noor Helmy Abdul Halem susulan kebimbangannya terhadap laporan-laporan kes buli dan salah laku pelajar yang semakin kerap dibangkitkan di negeri ini.

Katanya, berdasarkan rekod disiplin dalaman sekolah berkenaan, kesalahan itu direkodkan antara Mac hingga Julai tahun ini melibatkan pelajar tingkatan dua hingga tingkatan empat.

“Daripada jumlah tersebut, empat murid tingkatan dua dikenakan hukuman gantung selepas terbabit dalam buli fizikal terhadap rakan sekelas, manakala tiga pelajar lain digantung kerana menghisap rokok dan rokok elektronik (vape).

“Selain itu, empat lagi pelajar tingkatan tiga dan empat turut digantung sekolah selepas dikesan melakukan perbuatan tidak senonoh di kawasan sekolah,” ujarnya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, perkongsian itu juga dibuat Mohd. Noor Helmy sebagai respons terhadap kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkenaan hukuman rotan yang dilihat bukanlah penyelesaian terbaik dalam menyelesaikan isu buli di sekolah.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Duyong itu, hukuman rotan terhadap pelajar yang mempunyai masalah disiplin serius adalah wajar dan merupakan kaedah didikan konvensional yang berkesan.

“Mat (Mohd. Noor Helmy) ni nasib baiklah mendiang cikgu Hau Kim Chai bantai hari-hari, kalau tidak, tahulah jadi apa. Saya janji dengan cikgu dalam Duyong ni selagi ada cikgu merotan anak murid kerana sikap mereka yang keterlaluan, cikgu itu akan saya pertahankan.

“Dulu baru kantoi pergi kafe siber pun naik birat tapak tangan, agaknya sekarang ni kalau cikgu tengok jenayah yang ada bukan-bukan lagi, saya rasa dengan kerusi kayu cikgu hempukkan,” tulisnya pada akaun Facebook rasmi miliknya.

Ujarnya lagi, meskipun data tersebut tidak melibatkan jumlah besar, namun isu buli tidak boleh diambil mudah dan perlu tangani secara berkesan meskipun ada golongan ibu bapa yang tidak bersetuju serta mempolitikkan hukuman dikenakan guru. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI