fbpx
Tangkap layar hantaran di laman Facebook, pemandu lelaki berang selepas ditahan anggota polis trafik.

[VIDEO] ‘Saya tegur kamu, bila masuk simpang bagi signal’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang lelaki berang selepas ditahan anggota polis trafik selepas ditegur tidak menggunakan lampu isyarat (signal) dan memakai tali pinggang keledar.

Menerusi hantaran di laman Facebook, lelaki berkenaan berang dengan tindakan anggota polis trafik yang menahannya di tepi jalan selepas melihat pemandu lain juga melakukan kesalahan sama.

“Sekarang ini saya tahan kamu, jangan tengok orang lain. Saya tegur kamu, bila masuk simpang bagi signal (lampu isyarat) saja,” menurut anggota polis trafik tersebut.

Namun, teguran itu tidak diterima baik apabila lelaki berkenaan bertindak mengugut akan membuat laporan ke atas anggota tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, ramai mengecam sikap panas baran individu terbabit serta memuji ketenangan anggota trafik dalam mengendalikan situasi tersebut.

“Bagi dia saman tidak boleh di kompaun, jangan bagi peluang untuk bercakap. Biar dia kenal apa itu mahkamah,” komen Shahrani.

“Sebagai rakyat, kita sentiasa menghormati anggota yang berkhidmat untuk masyarakat. Namun, tidak mustahil terjumpa ramai yang bertindak macam ini,” kata Badrul Hisyam.

“Dengan tinted gelap, signal tidak pakai, tali pinggang keledar tidak pakai, lagi nak pertahankan diri. Harap-harap abang polis trafik bagi saman setimpal,” komen Lawrence. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI