fbpx
Tertuduh (kiri,depan) ketika ke Kompleks Mahkamah Pulau Pinang Georgetown, hari ini. SAFINA RAMLI/KOSMO!

Tak mengaku noda rakan wanita di bilik hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Seorang pekerja sektor swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan merogol kenalan wanitanya di sebuah hotel, Ahad lalu.

Tertuduh, David Lau Heng Seng, 25, membuat pengakuan tidak bersalah dan meminta dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Irwan Suainbon.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa telah merogol seorang wanita berusia 24 tahun di sebuah hotel di daerah Timur Laut di sini, kira-kira pukul 12.15 tengah malam, 5 Oktober lalu dan pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

Difahamkan, mangsa yang berasal dari Kuala Lumpur merupakan kenalan tertuduh dan ke Pulau Pinang untuk bercuti serta menyewa sebuah bilik hotel di pusat bandar.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lee Jung Keong manakala tertuduh diwakili Peguam, Teh See Khoon dan K.Sagana.

Mahkamah kemudian menetapkan wang jaminan berjumlah RM7,000 dengan seorang penjamin kepada tertuduh dan sebutan semula kes ditetapkan pada 12 November depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI