fbpx
TIGA bot GSF dirampas oleh tentera Israel di Pelabuhan Ashdod. - AFP

Sepanyol mahu saman Israel kerana tahan aktivis flotila

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MADRID – Menteri Dalam Negeri Sepanyol, Fernando Grande-Marlaska mengumumkan bahawa negaranya akan mengambil langkah proaktif dengan mengemukakan aduan kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) berhubung insiden melibatkan penculikan aktivis-aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) oleh Israel, lapor laman berita Middle East Monitor semalam.

Menurut Marlaska, sebarang serangan terhadap individu di perairan antarabangsa merupakan satu tindakan penahanan yang tidak sah di sisi undang-undang domestik mahupun undang-undang antarabangsa.

Pada Ahad lalu, seramai 29 aktivis yang merupakan sebahagian daripada GSF, tiba di ibu negara Sepanyol, Madrid. 

Mereka dilaporkan telah diserang dan ditahan oleh tentera Israel di perairan antarabangsa ketika flotila itu sedang belayar ke Gaza untuk mencabar sekatan Rejim Zionis.

Menurut agensi berita AFP, beberapa aktivis Sepanyol berkata, mereka mengalami layanan buruk secara fizikal dan psikologi di Israel.

Salah seorang peserta flotila, Rafael Borrego memberitahu wartawan mengenai penahanan mereka di Israel dengan berkata: “Penderaan fizikal dan psikologi itu berterusan selama berhari-hari. Mereka memukul, menyeret di atas tanah, menutup mata dan mengikat tangan serta kaki kami.”

Menteri Luar Sepanyol, Jose Manuel Albares, memberitahu Radio Catalunya bahawa sertamai 28 aktivis Sepanyol yang masih ditahan di Israel dijangka dibebaskan dan pulang ke tanah air. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI