fbpx
Puteri Nurmaisarah Rina

Remaja lembam hilang dari rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI BULOH – Seorang remaja orang kurang upaya (OKU) lembam berusia 15 tahun dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Setia Kuang, Rawang, semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd. Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa sekitar pukul 1.42 pagi hari ini.

“Pengadu menyatakan dia menyedari anak perempuannya iaitu seorang OKU lembam dalam pembelajaran tiada rumah sejak pukul 6.20 pagi semalam.

“Mangsa, Puteri Nurmaisarah Rina Muhammad Rizuan kali terakhir dilihat memakai pakaian tidur dengan baju bewarna biru gelap dan seluar hitam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Hafiz, mangsa mempunyai anggaran ketinggian 1.4 meter dan berat 49 kilogram selain berambut pendek serta berkulit cerah.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedudukan mangsa boleh tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Muhamad Rais Azmi di talian 016-9495707. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI