KOTA KINABALU – Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tetap dengan pendirian parti itu tidak akan bergabung dengan mana-mana parti lain pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) akan datang.
Mohd Shafie berkata, keyakinan sama ditekankan dalam membentuk kerajaan kerajaan negeri sekiranya diberi mandat rakyat kelak.
“Warisan yakin membentuk kerajaan sendiri yang mencukupi tanpa kerjasama dengan parti lain. Kita bekerjasama dengan rakyat Dan bukan dengan parti lain.
“Oleh itu, pimpinan parti memilih untuk bergerak secara solo dan bertanding di semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya ketika sidang akhbar di pajabat Warisan di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd Shafie mengambil contoh Parti Berjaya yang pernah bertanding solo dan menang untuk membentuk kerajaan dan memerintah selama 10 tahun.
“Di negeri lain, PAS juga bertanding secara solo di Kelantan Dan berjaya memerintah negeri itu selama 40 tahun. Hal ini membuatkan kitai yakin serta tiada keraguan untuk bertanding solo kerana melihat rakyat Sabah kini bangkit kerana mahukan perubahan,” ujarnya.
Sementara itu Mohd Shafie enggan menjawab soal mengenai kerjasama dengan parti lain jika tidak mendapat majoriti mudah. – KOSMO! ONLINE