fbpx
CCTV menunjukkan penahanan aktivis Freedom Flotilla pagi tadi,

PM tuntut aktivis Malaysia dibebaskan segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri mengecam sekeras-kerasnya tindakan tentera Zionis Israel memintas kapal misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens To Gaza (TMTG) kira-kira pukul 10.50 pagi tadi secara tidak sah.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan provokatif tentera Zionis itu jelas melanggar undang-undang antarabangsa.

“Tindakan menahan kapal kemanusiaan yang membawa bantuan untuk rakyat Gaza adalah tidak berperikemanusiaan dan mencabuli prinsip asas hak asasi manusia serta maruah kemanusiaan sejagat,”katanya di laman Facebook hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar menuntut agar kesemua aktivis dan sukarelawan Malaysia dibebaskan dengan segera, diberikan perlindungan sewajarnya, dan tidak diapa-apakan sepanjang tempoh tahanan.

“Kerajaan Madani akan berusaha sedaya upaya melindungi setiap nyawa anak Malaysia yang terlibat dalam misi kemanusiaan ini dan akan berhubung dengan negara-negara rakan dan pertubuhan antarabangsa bagi memudah cara pembebasan mereka sesegera mungkin,”ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan berdasarkan kenyataan oleh Humanitarian Care Malaysia (MyCare), semua hubungan kapal yang menyertai misi itu telah terputus selepas dipintas dalam lingkungan 120 batu nautika dari perairan Gaza.

“Semua kapal FFC x TMTG telah dipintas di lingkungan 120 batu nautika dari Gaza.

“Semua hubungan telah terputus dan nasib mereka tidak diketahui. Ketika ini, mereka memerlukan doa kita. Sebarkan,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI