fbpx
NEYMAR tidak berada dalam senarai skuad Brazil yang bakal mengharungi dua aksi persahabatan kali ini. - AFP

Peluang Neymar semakin tertutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RIO DE JANEIRO – Peluang Neymar untuk kembali ke pentas dunia di saingan Piala Dunia tahun depan kekal menjadi persoalan besar yang harus dijawab sendiri oleh pemain itu.

Sejak beberapa tahun ini, Neymar yang dilabel sebagai pemain Brazil yang memiliki bakat luar biasa seakan hilang daripada radar selepas karier gemilangnya sering dipalit dengan isu kecederaan.

Terbaharu, Neymar yang sudah tersisih daripada skuad The Selecao selama dua tahun tidak berada dalam senarai yang dipanggil oleh Carlo Ancelotti bagi aksi menentang Korea Selatan dan Jepun.

Kini peluangnya untuk menarik perhatian Ancelotti hanya bergantung dua perlawanan berbaki iaitu pada Mac tahun depan sebelum pengendali itu membuat senarai penuh bagi dibawa ke saingan Piala Dunia.

Bagaimanapun, Ancelotti yang juga bekas pengendali Real Madrid menjelaskan Neymar masih mempunyai masa yang cukup untuk membuktikan dirinya bersedia untuk dibawa ke Piala Dunia.

“Tidak kiralah sama ada dia berada dalam pasukan pada Oktober, November atau pun Mac, matlamatnya adalah untuk berada dalam keadaan bersedia untuk hadapi aksi Jun nanti,” katanya.

Bersama Santos, Neymar hanya terbabit dalam sembilan jaringan namun lima daripadanya adalah ketika menentang pasukan di pertandingan lebih rendah. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI