fbpx
Mohd. Afizzafri(kiri) menghadapi tiga pertuduhan memperkosa seorang budak perempuan di Mahkamah Sesyen Kemaman hari ini.

‘Pak guard’ didakwa ‘sentuh’ budak 9 tahun dalam surau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Seorang pengawal keselamatan sebuah pasar raya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas tiga pertuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan termasuk di dalam sebuah surau pada bulan lalu.

Tertuduh, Mohd. Afizzafri Mohammed Residalan, 30, membuat pengakuan tidak bersalah selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memperkosa kanak-kanak berusia 9 tahun 10 bulan itu antara pukul 12 tengah malam hingga pukul 6 pagi, September lepas, kira-kira di dalam sebuah surau di Chukai di sini.

Bagi pertuduhan kedua pula, dia didakwa melakukan perbuatan sama terhadap mangsa di dalam premis menjual permainan kanak-kanak sebuah pasar raya berhampiran surau berkenaan pada hari dan masa yang sama.

Mohd. Afizzafri turut didakwa merogol kanak-kanak itu di dalam sebuah kenderaan jenis Perodua Bezza di pekarangan pasar raya tersebut pada hari dan masa yang sama.

Mahkamah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan wang jaminan RM24,000 dan seorang penjamin, manakala sebutan semula kes pada 5 November depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI