fbpx
Matias Soule

Matias Soule mahu wakili skuad Itali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MILAN – Penyerang muda AS Roma, Matias Soule tidak mempunyai masalah untuk melepaskan kerakyatan Argentina sekali gus bersedia mewakili Itali pada jendela antarabangsa akan datang.

Sebagai rekod, pemain berusia 22 tahun itu lahir di Argentina, tetapi masih berpeluang untuk menyarung jersi skuad kebangsaan Azzurri memandangkan keluarganya memiliki darah Itali.

Menurut ejen peribadi Soule, Martin Guastadisegno mengesahkan anak buahnya terdesak untuk beraksi dalam kancah Piala Dunia 2026 tetapi sehingga kini masih belum mendapat panggilan antarabangsa daripada kem Argentina.

Guastadisegno berkata, situasi itu membuatkan Soule semakin kecewa dan sedia untuk mempertimbangkan peluang mewakili Itali pada aksi antarabangsa akan datang.

“Saya rasa Soule bekerja keras sepanjang kariernya untuk berada hingga tahap sekarang. Namun, dia menjadi satu-satunya pemain muda berbakat yang masih belum dipanggil untuk menyarung jersi kebangsaan.

“Situasi ini cukup mengecewakan Soule kerana dia antara tonggak penting Roma dan layak diberikan peluang. 

“Misinya adalah untuk beraksi dalam saingan Piala Dunia tetapi jika tidak dapat bersama Argentina, dia mahu meneliti peluang untuk mewakili Azzurri kerana dia ada darah Itali,” katanya.

Soule yang berhijrah ke Itali sejak 2020 daripada Velez Sarsfield pernah mewakili beberapa kelab utama seperti Juventus dan Frosinone sebelum berhijrah ke Roma pada tahun lalu dengan nilai perpindahan sebanyak €25.6 juta (RM125.8 juta). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI