fbpx
ZRA Strim semasa sesi live di media sosial hari ini.

Kita akan terus perjuangkan kisah Palestin sehingga merdeka – ZRA Strim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – ‘Kita akan terus memperjuangkan kisah Palestin sama seperti mana kita lakukan sejak 7 Oktober 2023’.

Demikian ketegasan aktivis Malaysia yang menyertai Global Sumud Flotilla (GSF), Zainal Rashid Ahmad atau lebih dikenali sebagai ZRA Strim.

Jelasnya, beliau tidak akan berhenti membuat hebahan dan kandungan secara atas talian mengenai Palestin di media sosial.

“Hari ini genap 731 hari kita tak pernah berhenti ‘stream’ mengenai Palestin sama ada di media Facebook ataupun di TT (TikTok) dan kita akan teruskan juga hingga isu Palestin ini selesai.

“Kepada semua yang menyokong Global Sumud Flotilla dan juga yang menyokong Sumud Nusantara, yang mendoakan, yang meraikan, saya ucapkan terima kasih dan kita akan terus berjuang mengisahkan tentang Palestin dalam naratif hari ini dan hinggalah Palestin merdeka,”katanya di laman Facebook hari ini.

Terdahulu, beliau yang juga bekas wartawan memaklumkan telah selamat tiba di tanah air semalam dan hari ini beliau telah kembali ke studionya.

“Saya selamat kembali dan terpaksa segera ke studio, satu adalah kerana semalam saya keletihan dan kita pun dah tak live selama tujuh hari.

“Jadi saya balik ke studio untuk membolehkan tuan-tuan kembali ke studio dan saya ucapkan terima kasih kepada 55,000 orang yang hadir dalam ‘live’ tadi di TikTok,”ujarnya.

Terdahulu, ZRA Strim adalah antara 23 rakyat Malaysia yang menyertai misi GSF selamat tiba di tanah air sekitar pukul 10.30 malam tadi.

Semua sukarelawan itu sebelum ini ditahan tentera rejim Zionis selepas kapal mereka dipintas ketika berada di perairan zon merah di Laut Mediterranean sebelum dibawa ke pelabuhan Ashdod, Israel. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN