fbpx
GAMBAR HIASAN

Kari ayam Malaysia mendunia, dinobat ‘stew’ terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Hidangan kari Ayam dari Malaysia diiktiraf sebagai stew terbaik dunia oleh TasteAtlas bagi 2025.

Menurut carta 10 teratas yang dikeluarkan TasteAtlas, kari ayam mengalahkan hidangan daripada negara lain seperti kari Phanaeng dari Thailand, Dzash dari Armenia dan murgh makhani dari India.

TasteAtlas berkata, penarafan makanan dibuat berdasarkan pendapat komuniti globalnya, selain kualiti dan keaslian sesuatu hidangan tradisional.

Turut tersenarai dalam senarai 10 terbaik itu ialah hidangan kari Jepun, rendang dari Indonesia, kari massaman dari Thailand dan Keema dari India.

Selain itu, senarai berkenaan turut menampilkan hidangan dari Turki iaitu hünkar beğendi dan masakan gulai dari Indonesia yang menduduki tempat ke-10.

Menurut platform itu, lebih 11,000 makanan dan minuman telah dikatalogkan setakat ini, dengan ribuan lagi sedang dalam kajian dan pemetaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI