PETALING JAYA – Humanitarian Care Malaysia (MyCare), melaporkan nasib semua sukarelawan misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) x Thousand Madleens to Gaza (TMTG) yang ditahan sebentar tadi masih belum diketahui.
MyCare menerusi kenyataan memaklumkan, ia berikutan semua hubungan dengan kapal-kapal terlibat telah terputus selepas dipintas dalam lingkungan 120 batu nautika dari perairan Gaza.
“Semua kapal FFC x TMTG telah dipintas di lingkungan 120 batu nautika dari Gaza.
Semua hubungan telah terputus dan nasib mereka tidak diketahui. Ketika ini, mereka memerlukan doa kita. Sebarkan,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE