SHAH ALAM – Kes influenza di Selangor melonjak lebih 80 peratus dalam tempoh seminggu yang dikatakan berpunca dari institusi pendidikan, namun pihak berkuasa masih belum mendapat cadangan daripada pejabat kesihatan untuk penutupan sementara premis. Kes di negeri ini meningkat daripada 602 kes pada minggu berakhir 20 September kepada 1,128 kes pada minggu berakhir 27 September lalu. Exco Kesihatan Awam negeri, Jamaliah Jamaluddin berkata, sebanyak 64.7 peratus daripada jumlah kes berkenaan berpunca daripada institusi pendidikan termasuk prasekolah hingga ke institut pengajian……