fbpx
Gambar hiasan.

Hujan lebat, angin kencang landa 10 negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir di 10 buah negeri.

MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku hingga 9 malam nanti.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di negeri Perlis dan Kedah melibatkan daerah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Padang Terap.

“Cuaca sama juga dijangka berlaku di Perak melibatkan daerah Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Batang Padang,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, amaran ribut petir itu juga dikenakan bagi negeri Kelantan melibatkan daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Gua Musang.

“Di Terengganu amaran sama dikeluarkan bagi Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman) dan Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin,” katanya.

Selain itu, cuaca buruk juga dijangka melanda Negeri Sembilan (Jelebu) dan Johor (Mersing dan Kota Tinggi).

“Di Sarawak, amaran dikeluarkan bagi daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Pakan, Julau dan Meradong), Sibu (Sibu dan Kanowit), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) dan Miri (Telang Usan).

“Sementara itu di Sabah, cuaca buruk dijangka berlaku di Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI