fbpx
Gambar hiasan

Himpunan Solidariti Gaza: Operasi Stesen Bukit Jalil sehingga 12.30 tengah malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan rel Rapid KL akan melanjutkan waktu operasi Stesen Bukit Jalil sehingga pukul 12.30 tengah malam bersempena Majlis Himpunan Solidariti Bersama Gaza yang akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Rapid Rail dalam kenyataan berkata, stesen-stesen lain akan menamatkan operasi seperti biasa, namun penumpang masih dibenarkan keluar di stesen berkenaan bagi meneruskan perjalanan.

“Antara laluan terlibat adalah Laluan Kelana Jaya (Stesen Masjid Jamek), Laluan Ampang/Sri Petaling (Stesen Masjid Jamek, Plaza Rakyat, Hang Tuah, Chan Sow Lin, Maluri dan Sungai Besi).

“Selain itu, Laluan monorel (Stesen Hang Tuah), Laluan Kajang (Stesen Pasar Seni, Merdeka, Tun Razak Exchange dan Maluri) dan Laluan Putrajaya (Stesen Tun Razak Exchange, Chan Sow Lin dan Sungai Besi),” ujarnya.

Penumpang digalakkan menggunakan kad Touch ‘n Go bagi perjalanan yang lebih lancar, manakala pengguna token disarankan untuk membeli token pergi dan balik lebih awal.

Untuk maklumat terkini mengenai status perkhidmatan, penumpang boleh merujuk saluran media sosial rasmi Rapid KL atau aplikasi PULSE bagi merancang perjalanan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI