fbpx
Sembilan sukarelawan Malaysia telah menyertai gelombang ketiga misi bantuan kemanusiaan ke Gaza di bawah gabungan FFC x TMTG.

Freedom Flotilla: Nasib semua sukarelawan masih belum diketahui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Keadaan terkini semua sukarelawan misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) x Thousand Madleens to Gaza (TMTG) termasuk sembilan daripadanya dari Malaysia, masih belum diketahui sehingga kini.

Ia berikutan semua hubungan dengan kapal-kapal terlibat telah terputus selepas dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari perairan Gaza.

Mereka terdiri daripada pakar perubatan, wartawan dan aktivis kemanusiaan yang belayar menerusi dua buah kapal iaitu Umm Saad (TMTG) dan Conscience (FFC).

Bagaimanapun Humanitarian Care Malaysia (MyCare) menerusi kenyataan memaklumkan, akan mengadakan sidang media sekitar pukul 12.30 tengah hari nanti.

Senarai sukarelawan dari Malaysia:

Kapal layar Umm Saad (TMTG)
1. Doktor Perubatan, Dr. Maziah binti Mohammad.

Kapal Conscience
2. Ketua Delegasi Malaysia, Prof Emeritus Dr. Mohd Alauddin Mohd Ali.
3. Doktor Perubatan, Dr. Fauziah Hassan.
4. Doktor Perubatan, Dr. Hafiz Sulaiman.
5. Doktor Perubatan, Dr. Ili Syakira Mohd Suhaimi.
6. Wartawan Astro Awani, Syafik Shukri Abdul Jalil.
7. Pensyarah, Prof Dr. Mohd Afandi Salleh.
8. Pensyarah, Dr. Noorhasyimah Ismail.
9. Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCare, Puan Norsham Abu Bakar.

Terdahulu media melaporkan, sembilan sukarelawan rakyat Malaysia terdiri pakar perubatan, wartawan dan aktivis kemanusiaan menyertai gelombang ketiga misi bantuan kemanusiaan ke Gaza di bawah gabungan FFC x TMTG.

Kerajaan memaklumkan, akan memberi jaminan akan menggunakan segala saluran diplomatik yang ada bagi memastikan keselamatan sembilan rakyat Malaysia dalam misi FFC menuju ke Gaza.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah pun mengadakan perbualan langsung dengan kesemua sembilan sukarelawan tersebut dan memberi jaminan bahawa kerajaan akan memantau perkembangan mereka secara berterusan.

Dalam gelombang ketiga ini, sebanyak 10 bot berlepas pada 27 September lalu dari Itali di bawah FFC x TMTG, manakala kapal Conscience dilepaskan di Porto Otranto pada 30 September. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI