fbpx
SALAH bergelut untuk mencapai prestasi terbaik selepas Liverpool membawa masuk ramai muka baharu berprofil tinggi yang mengubah gaya permainan sebelum ini. - AFP

EPL: Salah ‘menderita’ di Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIVERPOOL – Legenda England, Alan Shearer berpandangan penyerang sensasi Liverpool, Mohamed Salah kini antara pemain yang paling terjejas selepas kelab itu membelanjakan £446 juta (RM2.52 bilion) pada jendela perpindahan musim panas lalu.

Skuad bimbingan Arne Slot bermula cemerlang dengan lima kemenangan berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), namun prestasi mereka mula goyah apabila tewas tiga kali berturut-turut kepada Crystal Palace, Galatasaray dan Chelsea.

Shearer berkata, kegagalan Liverpool mengekalkan keseimbangan pasukan selepas kemasukan ramai muka baharu telah menjejaskan peranan dan rentak permainan Salah di barisan serangan.

“Selama bertahun-tahun, hampir semua yang berlaku di Liverpool berpusat kepada Salah dan memang layak begitu apabila anda menjaringkan 25 hingga 35 gol setiap musim.

“Tapi, sekarang terlalu banyak perubahan berlaku, mereka cuba sesuaikan pemain baharu seperti Alexander Isak, Florian Wirtz dan Hugo Ekitike serta cari formula terbaik di bahagian bek. Salah sedikit ‘menderita’ kerana itu, tak dapat dinafikan,” katanya.

Sementara itu, pengkritik EPL, Gary Lineker percaya Salah turut kehilangan sentuhan kreatif selepas ketiadaan Trent Alexander-Arnold yang berhijrah ke Real Madrid musim panas lalu.

“Dari segi kreativiti, mereka sangat merindui Trent. Tiada pemain lain di dunia yang mampu main posisi bek kanan sepertinya. Hubungan di antara dia dan Salah sukar diganti,” jelas Lineker. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN