fbpx
IRIS Stalzer (gambar kecil) ditemui cedera parah akibat ditikam. - Foto AFP

Datuk bandar bertarung nyawa selepas ditikam berkali-kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BERLIN – Seorang datuk bandar Jerman yang baru sahaja dipilih kini bertarung nyawa selepas ditikam berkali-kali di rumahnya, lapor portal berita MailOnline semalam.

Serangan terhadap Datuk Bandar Herdecke, Iris Stalzer, 57, berhampiran bandar Dortmund di barat Jerman berlaku sekitar tengah hari semalam (waktu tempatan), demikian menurut badan penyiar awam WDR.

Ahli politik itu mengalami sehingga 13 kesan tikaman, lapor akhbar Westfalenpost.

Dia ditemukan di dalam apartmennya oleh anak angkat lelakinya yang berusia 15 tahun, lapor laman berita Bild, dengan kecederaan mengancam nyawa dan beberapa tikaman di perut serta belakang badan.

Polis dilaporkan telah menahan remaja tersebut.

Dia kemudian memberitahu polis bahawa ibunya telah diserang di luar rumah mereka oleh beberapa lelaki di jalanan.

Menurut Bild, remaja itu dibawa keluar dari tempat kejadian dengan tangan bergari untuk disoal siasat, serta memakai pakaian khas untuk mengekalkan bahan bukti. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI