fbpx
Janna Nick menangkis dakwaan sudah berbadan dua selepas beberapa minggu berhijrah ke London.

‘Banyak jarum, suntik hormon tapi saya belum mengandung’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Disangka hamil hanya kerana berwajah sembab, pelakon Janna Nick menangkis dakwaan sudah berbadan dua selepas beberapa minggu berhijrah ke London.

Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, 30, berkata, perubahan fizikalnya adalah kesan daripada rawatan kesuburan yang dijalani sebelum ‘terbang’ ke luar negara.

“Saya tidak mengandung. Belum lagi.

“Muka saya sembab dan berat badan naik sebab sebelum ke London saya jalani proses untuk mendapatkan zuriat sebanyak dua kali dalam masa tiga bulan.

“Bayangkan berapa banyak jarum dan suntikan hormon yang sudah saya terima dalam badan selama tiga bulan ini,” katanya menerusi sebuah hantaran TikTok.

Pada masa sama, isteri kepada pelakon Dini Schatzmann itu mengharapkan doa orang ramai agar mereka dikurniakan cahaya mata dengan segera.

“Doakan saya mengandung,” ujarnya.

Perkongsian pengacara juga penerbit itu mengundang banyak komen positif dengan sebahagian besar netizen mendoakannya dapat bergelar ibu.

“Jangan putus harapan, teruskan berdoa dan berikhtiar. Allah Maha Mendengar,” tulis seorang pengikutnya.

Sebelum ini Janna pernah berkongsi harapannya untuk mendapatkan zuriat termasuk menjalani rawatan rawatan persenyawaan in-vitro (IVF).

Biarpun belum berhasil, Janna dan Dini yang mendirikan rumah tangga pada 10 Jun 2023 itu tidak berputus asa untuk terus berusaha.

Pada September lalu, pasangan terbabit memaklumkan mereka berhijrah di London bagi menyambung pengajian.

Janna juga berharap suasana di tempat baharu itu meluaskan lagi peluang untuk mereka menimang cahaya mata seperti diimpikan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI