PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di enam buah negeri pada petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataan berkata, amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku hingga 5 petang nanti.
Katanya, amaran tersebut dikeluarkan bagi seluruh negeri Perlis serta beberapa daerah di Kedah, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah.
“Ribut petir dijangka berlaku di Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap dan Sik) dan di Terengganu (Dungun dan Kemaman).
“Selain itu turut dikenakan amaran ialah di Pahang melibatkan kawasan Tanah Tinggi Cameron,” katanya di sini hari ini.
Dalam pada itu katanya, di Sarawak amaran dikeluarkan bagi kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sarikei Julau), Sibu, Mukah (Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Belaga), Bintulu, Miri dan Limbang.
“Di Sabah kawasan terlibat ialah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat (Kota Marudu),” katanya. – KOSMO! ONLINE