fbpx
SEORANG pekerja kilang perabot dipenjara 10 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Muar hari ini selepas mengaku salah merogol adik kandung hingga hamil 13 minggu.

3 tahun gadis derita jadi pemuas nafsu abang kandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUAR – Nafsu jijik seorang pekerja kilang perabot yang sanggup menodai adik kandung sendiri selama tiga tahun hingga mengandung 13 minggu terbalas apabila dia dipenjara 10 tahun dan 10 sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Hakim Mohd Khairi Haron membuat keputusan itu terhadap tertuduh berusia 24 tahun selepas mengambil kira pengakuan dibuat, rayuan selain hujahan pemberatan daripada pihak pendakwaan.

Selain itu, mahkamah memutuskan tertuduh perlu menjalani pengawasan polis selama dua tahun sebaik selesai hukuman selari dengan Seksyen 27 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017.

Mengikut pertuduhan, tertuduh masih bujang didakwa merogol adiknya berusia 15 tahun di sebuah rumah dalam daerah Batu Pahat, pada pukul 3 petang, Jun tahun ini.

Bagi pertuduhan ini, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.

Berdasarkan fakta kes, satu laporan polis dibuat oleh seorang jururawat yang mendapati seorang remaja disahkan hamil kira-kira 13 minggu selepas menjalani pemeriksaan kesihatan.

Hasil siasatan polis mendapati, mangsa telah dirogol oleh tertuduh dengan kejadian berlaku sebaik pulang dari sekolah.

Tertuduh memanggil mangsa masuk ke dalam bilik lalu melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap adik kandunganya. Ketika kejadian, ibu bapa mangsa dan tertuduh tiada di rumah kerana keluar bekerja.

Mangsa tidak pernah menceritakan kejadian itu kepada ibu bapa atau ahli keluarga lain kerana diugut oleh tertuduh.

Bagaimanapun, pada 1 Oktober lalu, mangsa didapati pengsan dan pemeriksaan di sebuah klinik kesihatan mendapat mangsa sedang hamil.

Siasatan polis mendapati, kejadian berlaku sejak mangsa berusia 12 tahun dengan kali terakhir dia dirogol pada Jun tahun ini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Ameerah Allaudeen manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN