fbpx
TRUMP bercakap kepada pemberita di pekarangan White House pada 5 September lalu. – AFP

Trump didakwa calon paling layak anugerah Nobel Keamanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEL AVIV – Sebuah kumpulan advokasi Israel  yang berkempen untuk pembebasan tebusan di Gaza  menyeru supaya Presiden Donald  Trump dianugerahkan Hadiah Nobel Keamanan  kerana ‘keazaman’  beliau dalam  membawa keamanan di Asia Barat, lapor laman berita Arab News semalam.

Dalam surat  dihantar kepada Jawatankuasa Nobel Norway, Forum Tebusan dan Keluarga Hilang itu berkata,  Trump ‘memungkinkan apa yang ramai katakan mustahil’.

“Kami menggesa anda menganugerahkan Trump Hadiah Nobel Keamanan  kerana beliau telah berikrar tidak akan berehat dan tidak akan berhenti sehingga setiap tebusan Israel pulang ke rumah.

“Pada saat ini, rancangan komprehensif Trump untuk membebaskan semua tebusan yang tinggal dan akhirnya menamatkan perang dahsyat ini sedang dipertimbangkan.

“ Sepanjang tahun ini, tiada pemimpin atau organisasi lain yang menyumbang lebih banyak kepada keamanan dunia melainkan Presiden Trump,” kata forum itu.

Seruan itu disuarakan  ketika rundingan berisiko tinggi antara Israel dan Hamas bermula lewat semalam di Mesir, berdasarkan rancangan 20 perkara yang diumumkan oleh Trump minggu lalu.

Trump secara terbuka mengatakan bahawa beliau mahukan Hadiah Nobel Keamanan walaupun pakar-pakar berkata, peluangnya adalah tipis.

Pemimpin Amerika Syarikat  itu mendakwa telah menamatkan enam atau tujuh peperangan  dalam masa hanya beberapa bulan – angka yang menurut pakar-pakar, sangat diperbesar-besarkan. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI