fbpx
Umie memilih untuk meraikan kepulangan selebriti terlibat seperti Zizi KIrana, Heliza Helmi, Hazwani Helmi dan Ardell Aryana dalam sebuah majlis ilmu yang akan dianjurkan tidak lama lagi.

Tidak ke KLIA, Umie Aida akan raikan aktivis GSF dalam majlis ilmu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pelakon Datin Seri Umie Aida mengambil keputusan untuk tidak hadir ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi menyambut kepulangan rakan selebriti yang juga sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) hari ini.

Umie atau Umi Khalsum Rahmad Ali, 51, berkata, dia memilih untuk meraikan kepulangan selebriti terlibat seperti Zizi KIrana, Heliza Helmi, Hazwani Helmi dan Ardell Aryana dalam sebuah majlis ilmu yang akan dianjurkan tidak lama lagi.

“Sekiranya mereka tiba di KLIA, biarlah keluarga yang menyambut ketibaan kerana momen itu lebih bermakna untuk mereka.

“Mungkin selepas beberapa hari, insya-Allah rakan-rakan yang lain akan meraikan mereka dalam sebuah majlis ilmu yang khusus,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Tambah Umie, dia memilih majlis ilmu kerana mula mengenali selebriti terlibat menerusi kelas agama dan usrah.

“Kalau orang tanya kenapa majlis ilmu, sebab saya mengenali mereka di situ.

“Disebabkan itu juga, saya mahu sambut mereka dengan cara yang sama. Sebenarnya itulah kebahagiaan sebenar mereka,” ujarnya.

Menurut Umie, dia mengakui tidak terlepas daripada berasa bimbang sepanjang tempoh pelayaran dan aktivis ditahan rejim Zionis.

“Saya memang tak boleh tidur mengenangkan keselamatan mereka kerana kita tahu rejim Zionis tiada belas kasihan.

“Zionis melayan semua aktivis seperti penjenayah, sedangkan yang memiliki senjata dan menindas adalah mereka sendiri.

“Mengapa nak layan aktivis kita sebegitu, mereka tidak bersenjata dan hanya membawa bantuan makanan kepada mereka di Gaza,” jelasnya yang menyeru rakyat Malaysia agar tidak berhenti bersuara demi kebebasan Palestin.

Terdahulu, seramai 23 sukarelawan misi kemanusiaan GSF dilaporkan selamat dibebaskan daripada tahanan rejim Zionis dan telah diterbangkan ke Istanbul, Turkiye menggunakan pesawat khas.

Hari ini, kesemua aktivis dijangka tiba di Malaysia sekitar pukul 9.50 malam di KLIA. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI