fbpx
Shamsul Anuar ketika Sesi Jawab Lisan di Dewan Rakyat hari ini. FOTO JABATAN PENERANGAN

RUU Jenayah Siber digubal kerana kelemahan undang-udang terdahulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyifatkan Rang Undang-Undang (RUU) Jenayah Siber yang sedang digubal ketika ini amat penting susulan wujudnya kelemahan terhadap undang-undang terdahulu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, ketidaksepadanan antara undang-undang sedia ada dengan realiti semasa dikenal pasti sebagai isu paling kritikal.

“Kelemahan itu secara tidak langsung menjejaskan keberkesanan tindakan pihak berkuasa dalam menangani sindiket jenayah siber.Banyak peruntukan undang-undang dianggap tidak cukup tegas atau sudah lapuk terutama apabila berdepan dengan teknik penipuan yang semakin canggih.

“Lebih membimbangkan, tiada satu akta menyeluruh yang khusus menangani jenayah siber rentas sempadan, menyebabkan banyak kes gagal untuk dibicarakan atau ditangani secara tuntas.

“Di samping itu, hukuman yang dijatuhkan kadangkala terlalu ringan, tidak memberi impak pencegahan yang efektif kepada pelaku mahupun sindiket lain,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Doris Sophia Brodi (GPS-Sri Aman) yang ingin tahu faktor kelemahan penguatkuasaan sehingga Malaysia kini dilihat menjadi destinasi pilihan sindiket ‘scammer’ antarabangsa.

Mengulas lanjut, Shamsul Anuar mengakui bahawa keterbatasan daripada segi kepakaran teknikal dan sumber manusia dalam kalangan pasukan forensik digital dan penguatkuasaan siber turut menjadi penghalang besar.

“Bagi menangani perkara itu, kerajaan telah meminda beberapa peruntukan undang-undang termasuk Kanun Keseksaan (Akta 574).

“Ia khususnya berkaitan penipuan kewangan melibatkan penggunaan akaun keldai, yang merangkumi penambahan peruntukan seperti Seksyen 42D bagi kesalahan memiliki, mengawal atau menggunakan kad ATM, kad kredit dan sebarang instrumen pembayaran,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI