fbpx
KEADAAN kafe yang dirempuh kenderaan dipandu pelajar perempuan dalam kejadian di sebuah universiti di Ipoh hari ini.

Rempuh kafe gara-gara tertekan pedal minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Gara-gara tersilap menekan pedal minyak, sebuah kereta dipandu pelajar perempuan merempuh cermin kaca sebelum terbabas masuk ke dalam sebuah kafe universiti swasta di Jalan Raja Permaisuri Bainun, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kejadian pada pukul 3.37 petang itu melibatkan kereta Perodua Myvi dipandu pelajar berusia 19 tahun.

Katanya, kejadian berlaku ketika pelajar terbabit mahu memindahkan kereta berkenaan ke kawasan parkir lain.

“Bagaimanapun, semasa masuk ke dalam kereta, pelajar itu secara tidak sengaja tertekan pedal minyak menyebabkan kenderaan itu bergerak ke hadapan lalu merempuh cermin kafe.

“Rakaman percakapan remaja itu telah diambil dan saman dikeluarkan di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59) kerana gagal mengawal kenderaan ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan,” katanya di sini hari ini.

Tambah beliau, dalam kes tersebut, kerosakan cermin kaca dianggarkan sebanyak RM7,500 manakala kenderaan berkenaan rosak di bahagian hadapan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI