fbpx
Anwar bersalaman dengan delegasi pada Persidangan ASEAN mengenai Perkhidmatan Awam Sedia Masa Hadapan, di Sunway Hotel & Resorts, hari ini. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

PM persembah perkembangan semasa negara di Pra-Mesyuarat Majlis Raja-raja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyembah maklum perkembangan semasa negara di Pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-270 di Istana Negara, hari ini.

Anwar memaklumkan, ia merangkumi isu-isu dasar selain pendirian Malaysia terhadap cadangan pendamaian Gaza dan kehadiran pemimpin-pemimpin dunia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada penghujung Oktober ini.

“Seperti biasa mesyuarat diraja (dipersembahkan) perkembangan semasa termasuk lawatan pemimpin-pemimpin dunia dan ASEAN termasuk juga Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

“Ia meliputi pendirian Malaysia tentang cadangan pendamaian Gaza yang dipelopori oleh Presiden Trump dan beberapa isu dasar termasuk persiapan Belanjawan 2026,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas berucap di Majlis Perasmian Pembukaan Persidangan ASEAN: Perkhidmatan Awam Yang Bersedia Menghadapi Masa Hadapan, di sini, hari ini.

Tedahulu media melaporkan, Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) pada sidang Dewan Rakyat tidak dapat diadakan selepas Perdana Menteri dipanggil ke Istana Negara, pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul, yang kemudiannya meminta menteri berkaitan supaya mengemukakan usul berkaitan ketiadaan sesi PMQT.

“Saya difahamkan Perdana Menteri tidak dapat hadir pada pagi ini kerana dititah Majlis Raja-Raja untuk berada di Istana Negara pukul 10 pagi ini,” kata Johari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI