fbpx
JPJ Negeri Sembilan dipenuhi dengan kenderaan berat yang sedang menunggu proses lucut hak oleh mahkamah. Foto oleh NOR SHAFAWATI YUP/KOSMO!

Nilai jadi lokasi ‘hot spot’ lori bawa lebih muatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Nilai dikesan sebagai lokasi panas atau ‘hot spot’ kenderaan berat membawa muatan berlebihan dalam penguatkuasaan yang dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan.

Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, faktor itu didorong oleh kewujudan dua buah kuari aktif di Nilai iaitu Labu dan Batang Benar yang menjadi laluan keluar masuk lori.

“Sepanjang penguatkuasaan kenderaan perdagangan, kita mengesan banyak lori yang membawa muatan melebihi had dibenarkan di Nilai dengan kebanyakan membawa batu.

“Berbanding di kawasan kampung seperti Jempol atau Gemas, lori dikesan membawa lebih muatan kelapa sawit,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Menurut Hanif Yusabra, demi keselamatan pengguna jalan raya lain, JPJ telah melaksanakan tindakan tegas melucut hak kenderaan milik syarikat perdagangan selain lesen operasi syarikat dibatalkan jika didapati membawa muatan lebih 70 peratus daripada had yang dibenarkan di dalam permit.

Beliau berkata, setakat September lalu, sebanyak 31 lori dilucut hak sepanjang tahun ini berbanding hanya dua kenderaan perdagangan dilucut hak pada 2024.

“Bila kita dapati kenderaan perdagangan ini membawa lebih muatan, kita akan tahan dan keluarkan arahan arah timbang.

“Setelah didapati melakukan kesalahan itu, kita akan keluarkan notis kepada pemandu dan syarikat serta pada masa sama menyita kenderaan itu ,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI