DUNIA fesyen dan tekstil kini berdepan cabaran besar dalam menguruskan sisa fabrik yang semakin meningkat saban tahun. Dianggarkan sekitar 87 peratus daripada 92 juta bahan tekstil berakhir di tapak pelupusan atau dibakar pada setiap tahun, sekali gus menjadi penyumbang besar kepada masalah pencemaran global. Dalam usaha menangani isu tersebut, satu inisiatif inovatif dikenali sebagai Siptex (Svensk innovations platform for textilsortering) muncul sebagai titik perubahan. Dibangunkan syarikat pengurusan sisa di Sweden iaitu Sysav, mesin tersebut merupakan kemudahan perindustrian pertama di dunia……