fbpx
ANGGOTA polis berada di lokasi seorang hakim Mahkamah Rayuan ditembak di Tirana semalam. – AFP

Lelaki tembak hakim semasa perbicaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TIRANA  – Seorang hakim di mahkamah rayuan Tirana ditembak mati  oleh seorang lelaki yang terlibat dalam perbicaraan, kata polis Albania semalam.

Lelaki bersenjata itu melarikan diri dari tempat kejadian tetapi kemudiannya ditangkap.

Hakim Astrit Kalaja ditembak di dalam bilik mahkamah oleh  suspek berusia 30 tahun dengan inisial E. Sh., demikian menurut polis. Kalaja meninggal dunia semasa dibawa ke hospital.

Lelaki bersenjata itu juga menembak dua individug lain yang terlibat dalam perbicaraan semalam, kata polis. Kecederaan mereka bagaimanapun  tidak mengancam nyawa.

Pihak berkuasa belum memberikan butiran mengenai motif, atau sifat kes yang sedang dibicarakan. Kes yang ditemui di laman web mahkamah merujuk kepada harta benda.

Polis turut menemui sepucuk pistol jenis revolver yang digunakan oleh suspek dalam kejadian itu.

Berikutan reformasi kehakiman menyeluruh yang dilancarkan pada 2016 dengan sokongan Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat,  puluhan ribu kes di Albanian tertangguh selama bertahun-tahun. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI