PETALING JAYA – Golongan peniaga kecil luar bandar mengharapkan Belanjawan 2026 memberi tumpuan terhadap pengukuhan subsidi dan bantuan mikro bagi membantu mereka terus bertahan dalam situasi kos sara hidup yang semakin menekan. Mereka juga mahu pelbagai insentif baru terus diberikan bagi menjamin kelangsungan perniagaan masing-masing. Di, Lipis, Pahang, seorang peniaga kedai makan, Zabidah Shod, 58, berkata, dia mengharapkan bantuan tunai dan subsidi bahan mentah dikekalkan bagi kelangsungan perniagaan kecil dalam keadaan ekonomi yang mencabar. “Sekarang harga barang naik, minyak masak……