PETALING JAYA – Aktivis Sweden, Greta Thunberg yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla tidak mahu dipanggil sebagai hero.
Menerusi satu video sewaktu temu bual media antarabangsa, seorang wanita melaungkan kepada Greta sebagai hero, namun dia menolak panggilan berkenaan.
“You are hero, thank you (anda hero, terima kasih),” kata wanita itu menerusi video berkenaan.
Kemudian Greta membalasnya, “no, no, not heroes (tidak, tidak, bukan hero)”.
Dalam pada itu, Greta berkata, usaha yang dilakukan oleh aktivis dan sukarelawan Global Sumud Flotilla untuk rakyat Gaza di Palestin adalah paling minimum.
“Saya boleh bercakap dalam waktu yang sangat lama tentang penganiayaan dan perlakuan buruk selama kami di penjara. Percaya lah saya, tapi itu bukan ceritanya.
“Apa yang terjadi di sini adalah Israel sambil terus memburukkan lagi genosid mereka, meningkatkan kemusnahan dengan niat genosid, cuba untuk menghapuskan seluruh populasi, seluruh bangsa di depan mata kita sendiri.
“Apa yang kami lakukan hanya paling minimum,” katanya pada video berkenaan.
Greta berkata, justeru adalah menjadi tanggungjawab semua bagi mengakhiri genosid yang dilakukan ke atas Gaza.
“Genosid ini dan genosid lainnya sedang dilakukan dan didorong oleh pemerintah kita sendiri, institusi kita, media dan syarikat. Ini adalah tanggungjawab kita untuk mengakhiri keterlibatan tersebut,” katanya. – KOSMO! ONLINE
@republikaonline Aktivis kemanusian Greta Thunberg menegaskan tak ada yang merasa diri sebagai orang-orang hebat dalam upaya mengirimkan bantuan makanan, minuman, susu bayi, dan obatan-obatan untuk rakyat Palestina di Gaza yang sudah bertahun-tahun dalam pengepungan dan pembersihan etnis oleh Zionis Isra*l. Greta yang dikenal juga sebagai pegiat iklim itu menegaskan, pelayaran Global Sumud Flotilla merupakan kewajiban paling minimal yang dilakukan oleh sekumpulan manusia untuk menghentikan penderitaan yang dialami manusia-manusia lainnya. Naksah: Bambang Noroyono Kreator: Hirzi Produser: Ronggo Astungkoro #Republika #CekRepublikaAja #FreePalestine #GlobalSumudFlotilla ♬ original sound – Republika